Sunday, December 28, 2014

INTRO MY TRAVEL BLOG

Hi Bloggies,

Thank you so much kerana sudi menjenguk-jenguk blog Miss B yang tak seberapa ni ... hehehehe.  So dalam main entry ni, Miss B nak story sikit tentang sebab-sebab kewujudan blog Miss B yang tak seberapa ini ....yer la bak kata orang blog yang baru setahun jangung ni kan...(hakikatnya....sebulan jagung pun tak sampai lagi, tapi..lama tul nak tanam jagungkan ??? sampai setahun tu @.@ hahahahaha). Miss B dah start merapu la tu .... ok berbalik kepada perkara diatas , Miss B ada beberapa tujuan dan sebab ketika menulis blog ni , So let's check it out !!!! 

Tujuan dan sebab2 blog manisnya roda kehidupanku ini wujud :
  • Pertama, untuk mengabdikan kenangan dan pengalaman Miss B ketika melancong keluar negara sahaja, sebabnya kalau dalam negara terlampau banyak dan tak terkira almaklumla Miss B ni anak jati Malaysia so 14 buah negeri dalam Malaysia sudah ku taluki dan siap boleh ulang2 lagi (dengan nada bangga dan bongkak hahaha....dush !!!) so blog ni akan di update kalau Miss B pergi melancong ke luar negara jer laa yeeee....hahahaha kalau setahun sekali Miss B pergi melancong maknanya setahun sekali jer laa Miss B updated hahahaha... oh ya saper yang mengenali Miss B , mereka akan tahu yang Miss B pernah bekerja dalam bidang travelling sebagai Travel consultant dan Tour leader, walaubagaimanapun blog ni Miss B hanya akan buat entri untuk my personal vacation je ye , kalau keluar negara atas sebab kerja, itu bukan vacation namanya ye hehehehehe .
  • Sebab kedua adalah untuk simpan gambar - gambar ketika Miss B melancong  . Sebelum ni semua gambar2 tu Miss B simpan dalam Laptop, PC dan buat backup dalam External hard disk lagi . ermmm..... namapun barang berteknologikan , sekali laptop dan PC shut down nangeeeeees Miss B tak keruan....uwaaaa . External Hard disk pulak , cocok sana cocok sini sekali kena datuk virus yang paling hebat tu ....lagi ranap. sudahnya burn dalam CD, masalahnya kalau CD tu dah merata Miss B simpan ... nak cari plak tak jumpaaaaa hahahaha . akhirnya Blog ni la satu-satunya cara paling mudah dan selamat untuk semua pic2 tu, senang hanya perlu ada internet dan ingat password ... kalau itu pun Miss B lupa jugak, sila hantuk kepala kat diding ok ! 


Miss B Travel Style : 

Setiap manusia citarasa mereka tak sama, sama juga dengan Miss B. Ada yg suka travel sebab nak menikmati pemandangan, ada yang suka travel sebab tempat shopping yang menarik, ada yg suka travel sebab tertarik dgn sejarahnya ada yang suka travel sebab nak hilangkan stress dan macam-macam lagi. so kat bawah ni Miss B ada buat kategori travel style bagi pandangan Miss B , so jom layannnnnzzz


Waktu mula2 Miss B dan family baru nak berjinak2 memulakan aktiviti melancong, kami diketegori jenis B hehehehehe time tu masih tak cukup ilmu lagi , so kami memilih ketegori jenis B untuk first family trip ke korea hehehehe . lepas tu second family trip ke Beijing dah mula nak masuk ke kategori jenis C time tu ilmu dah bertambah sikit lagipun Miss B time tu Miss B tgh bekerja dalam bidang perlancongan . Sekarang ni ilmu dan keyakinan sudah bertambah so Miss B punyer style dah jadi kategori Jenis C pulak, lebih jimat dan santai. 

Miss B tahu, banyak travel blog adalah backpacker. Tapi blog Miss B ni lebih kepada family trip. Ini maknanya dalam budget trip, Miss B mengambil kira keselesaan keseluruhan family samaada yang tua , yang muda dan kanak-kanak. 

So Bloggies , untuk membaca entri travel log Miss B sila click kat side bar ok under "My Sweet Moment" . akhir kata WELCOME TO MY TRAVEL WORLD (dengan nada berlagak ) Miss B suke suke suke .selamat membaca ye ! 

Fly With Love,
Miss B

No comments:

Post a Comment