Tuesday, December 23, 2008

South Korea : Here We Go !!!

Hi Bloggies,

Tahun 2008 adalah tahun yang menyeronokkan bagi Miss  B, kerana 2 bulan selepas balik dari umrah, Abah ajak satu keluarga pergi bercuti dan ofcouse laa abah yang belanja hehehehe.... kalau nak diikutkan ini adalah second family vacation , first family vacation ialah waktu Miss B kecik, kami satu family ke Medan, Indonesia. time tu kecik lagi nak buat entri dalam ni pun dah tak ingat, entah mana Miss B letak travel log book tu hahaha.

Cadangnya Abah ingin melancong ke negara orang putih, kalau nak gi london ...iskk jauh sangat dgn bajet ni... rasanya Australia adalah negara orang putih yang paling dekat, jadi dengan bajet yang diberikan oleh Abah, Miss B try survey di travel2 agensi. Makkkk aiiiiii .... rata2nya cecah RM 5,500 ++++ seorang. Lari bajet ini, nampak gayanya kena tukar destinasi. Sampailah satu hari, adik Miss B terbaca satu iklan di akhbar pakej pelancongan ke Korea Winter 6H4M Muslim package RM 4,000 seorang. KOREA ????? ermmmm Korea ni kat mana? best ker Korea ?? macam negara cina ke Korea ni ??? hahahaha...... time ni Korea belum lagi popular macam sekarang, tak ramai pun tahu tentang Korea. time ni budaya Kpop atau Kdrama belum lagi menular di Malaysia, paling tidak pun adik Miss B yang layan citer  "My Girl" jer tahu sikit2 tentang Korea. Disebabkan pakej ni gam2 dengan bajet yang Abah kasi.... dan setelah berbincang big boss (Abah) hehehe..akhirnya destinasi dan tarikh yang dipilih telah diapproved, So apa lagi terus jer la confirm dgn travel agensi. sejak itu dalam otak Miss B ni penuh dgn perkataan snow...snow....snow... hahahaha. 

Hari yang dinanti telah tiba pada 22/12/2008, kami bertolak dari rumah selepas isyak, sampai di KLIA dalam kul 9.30 pm. Meet and greet dengan Zara iaitu tour leader dari travel agensi . Setelah check in dan sambil menunggu ahli jemaah rombongan yang lain, kami pun bersantai-santai di KLIA.


Muka budak excited nak main salji hahahaha

Dua adik Miss B yang sengal hahaha.... adik dan abang

ok selepas semua ahli jemaah rombongan dah berkumpul, adalah dalam 26 orang, kami pun berlepas dengan penerbangan Malaysia Airline, pukul 12.30 am 23/12/2008. Nama pun malam, apalagi tido jer la aktiviti kami selama 6 jam dalam penerbangan ke Incheon. krohhh....krohhh.... bangun sekejup makan lepas tu layan tv kejup then sambung balik tido krohh....krohh...hahahaha...

dalam 7.30 am waktu tempatan (Korea cepat 1 jam dari Malaysia) kami landing di Incheon Airport. hohoho time ni Miss B dah excited giler tengok landasan airport penuh dilitupi salji. almaklum laa budak first time jumpa salji . Keluar je dari kapal terbang perhhhh... sejukkkkknya, sukee...sukee..sukee.. dah lama teringin nak berjalan dalam keadaan sejuk macam ni 


 masing-masing sibuk menyelongkar beg untuk keluarkan keperluan waktu winter. Miss B sarung jer jaket yang dah ada. 

sambil tunggu yang lain-lain bersiap dengan winter attire diaorang, dua orang adik Miss B ini sempat menyengal dengan public phone Korea ni hahahha... sukahati korang la 

yeah .... dah siap ...orang lain pakai winter coat bagai, kami sekerluarga simple jer hahahaha 

Keluar dari Airport kami pun meet and greet dengan Mr. Tommy our tour guide yang sangat baik dan mesra. Nampak je bas kat pintu arrival, apalagi masing-masing berdesup-desup lari masuk bas sebab tak tahan angin sejuk, Miss B plak ? harus la ku jalan lengang kangkung sambil menikmati cuaca sejuk waktu ni hehehehe.. suke..suke..suke...

aihhh dalam bas pun korang nak bergambar layannnzz ....adik dan abang

 Azie dan Adik ...muka excited hahahaha

Mira dan Nana ...tahap kesengalan baru nak mula ...hahaha

dah settle loading beg, kami pun bergerak ke destinasi pertama iaitu Nami Island 출발 !!!! dalam perjalanan Mr. Tommy memberikan sedikit penerangan tentang tempat-tempat yang akan dilawati pada hari ini, tapi...adik2ku??? sah2 diaorang dah berdengkur jet leg katanya (ish..ishh bukan korang dah bantai tido 6 jam ke tadi, tang mana jet leg pun Miss B tak paham :P) . layannnzzz..

sambung part 2 ...

No comments:

Post a Comment