Monday, September 1, 2008

Umrah Ramadhan - Kota Madinah Al Munawwarah

Assalamuaalaikum Bloggies.....

Entri ni tak banyak pic sebabnya Miss B hanya guna Handphone camera jer lagipun waktu ni Miss B selalu pimpin nenek Miss B so susah sikit nak ambik pic hehehehe anyway yang penting Miss B nak kongsikan adalah pengalaman yang indah disana.

Almost 2 years , tapi kenangan Miss B di bumi suci Allah masih segar lagi di ingatan. Setiap kali terdengar lagu Ayat-ayat cinta dan Bila cinta bertasbih, ingatan Miss B ini masih terbayang-bayangkan keindahan lambaian Kaabah di Masjidil Haram serta ketenangan dan kedamaian di Masjid Nabawi ....tak dapat Miss B gambarkan bertapa tenangnya hati ini di dalam jutaan umat Islam yang mengerjakan Ibadah Umrah di bulan Ramadhan, sehinggakan hati Miss B ini meronta-ronta ingin kembali semula ke bumi suci Makkah Al-Mukarramah dan kota Madinah Al-Munawwarah.

Cerita ini bermula pada awal tahun 2008 after I'm completed my Degree, Mama ajak Miss B mengerjakan Umrah. Kali ni Mama dan Abah berhajat nak mengerjakan Umrah di penghujung bulan Ramadhan, oh ya my parent cadang nak bawa nenek sekali so kalau Miss B ikut sekali kira ngam la 4 orang satu bilik. Walaupun hati ini teringin, tapi Miss B terpaksa menolak tawaran my parent, kerana waktu tu Miss B belum bersedia lagi untuk menjejakkan kaki ini ke bumi suci itu. Apa yang bermain difikiran ini .... ermm mampu kah Miss B untuk menahan lapar dan dahaga dalam keadaan panas terik disana sambil megerjakan umrah????? aaaahhhh...... sedangkan di Malaysia ni pun Miss B selalu elak untuk keluar rumah pada waktu siang sebab tak tahan dengan cuaca panas... inikan pula disana yang memang sudah terkenal dengan negara padang pasir macam dalam lagu ayat-ayat cinta tu .....

"Desir pasir dipadang tandus,Segersang pemikiran hati,Terkisahku diantara cinta yang rumit"

Sekali lagi pada pertengahan tahun 2008, mama mengajak Miss B untuk bersama-sama mengerjakan Umrah di penghujung bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Entah mengapa kali ini hati Miss B terbuka untuk menerima tawaran Mama dan Abah, mungkin Miss B dah sedar kepayahan orang lain bertahun-tahun membanting tulang 4 kerat mengumpul duit untuk menjejakkan kaki mereka dibumi suci-Mu Ya Allah, tapi Miss B ...... menolak peluang yang sangat berharga di hadapan mata, Am I really stupid??? dan untuk seketika juga, Miss B lupa tentang cuaca yang panas terik, dahaga dan lapar serta perjalanan yang jauh. Entah dari mana datangnya keyakinan dan kekuatan yang membuatkan Miss B rasa betul-betul ingin menjejakkan kaki ini di bumi suci Mu Ya Allah, untuk melihat dan merasai sendiri ke Agungan-Mu Ya Allah.

"Bila keyakinanku datang,Kasih bukan sekadar cinta,Pengorbanan cinta yang agung,Ku pertaruhkan"
Klia Airport Sebelum bertolak

Abah melayan cucu saudaranya


Tibalah masa yang dinanti-nantikan , hati dan perasaan Miss B melonjak kegembiraan tak sabar rasanya untuk memulakan perjalanan, Adik-adikku, Abang Jali dan Mak Yang sekeluarga mengiring kami ke airport KLIA, terima semua akan Miss B doakan kebahagian korang semua disana nanti....Sepanjang perjalanan Miss B  ke Jeddah Miss B kena berpuasa lebih dari 18 jam, ini kerana pertukaran waktu tempatan, Ustaz yang mengiringgi group kami kata kalau tak tahan takpe boleh buka, tapi Miss B sekeluarga mengambil keputusan untuk meneruskan juga, walaupun kebanyakkan ahli jemaah mengambil keputusan tidak berpuasa siap makan makanan yang airline sediakan dan bertukar kuih raya yang mereka bawa lagi tetapi Miss B tetapkan pendirian dan bertahan selagi badan ini mampu. Penerbangan Miss B dengan Gulf Air Airline berhenti seketika sebelum sampai ke kota Madinah untuk bagi laluan kepada mereka yang berpuasa untuk berbuka. Menu Miss B ketika berbuka???? menangis kalau korang nak tahu ...sepanjang 18 jam berpuasa kami hanya dihidangkan set arab style iaitu roti keras 3 ketul dgn 2 side dish kurma dan air. Mama Miss B kata bersyukur dengan rezeki yang diberikan walaupun perut ni meraung kelaparan Miss B tetap berterima kasih dengan rezeki yg diberi. 

Dalam 2 jam kemudian kami sampai di tempat yang hendak dituju iaitu Kota Madina Al-Munawarrah, Subahanallah Tak dapat Miss B gambarkan kegembiraan Miss B ketika menjejakkan kaki di kota bersejarah ini. Oh ya terlupa plak nak bagitau kali ni Abah memilih untuk bersama Andalusia Travel and Tour sepanjang kami berada disana. Kami ditempatkan di hotel Fayroz Al Shatta. Hotel ni sangat selesa dan besar, yang paling penting kedudukan hotel ni sangat dekat dengan Masjid Nabawi . Keluar jer pintu hotel pusing belakang hotel dah nampak pintu masuk Masjid Nabawi. Oleh kerana sampai dihotel sudah lewat malam ..so selepas solat isyak Miss B terus melelapkan mata .... tak sabar rasanya menanti hari esok .....

Selepas menikmati sahur yang disediakan oleh pihak travel agensi, Miss B, mama, abah dan nenek terus menuju ke pengkarangan masjid Nabawi ... Alhamdulillah akhirnya Miss B menjejakkan kaki disini juga... terleka seketika Menjejakkan saja kaki Miss B di Masjid Nabawi membuatkan Miss B terpegun dengan keindahan Masjid ini .... sangat besar keluasannya, sangat cantik dan unik struktur bangunannya, sangat rapi dan teratur segala benda didalam masjid ini seumpama Miss B memasuki sebuah istana yang sangat indah. 

Ada satu cerita lucu ketika solat subuh harini hehehehe, citer macam ni tengah solat subuh tiba di rakaat kedua macam biasa Miss B menadah tangan untuk doa Qunut tetapi Miss B perasan semua jemaah terus bersujud....erkkkk kenapa ni Miss B tersalah rakaat ker ...ishh tak mungkin laaa solat subuh 2 rakaat jer kot takkan Miss B salah kira ??? Miss B terus jer bersujud dan selepas memberi salam Miss B terus tanya Mama tadi waktu solat takde doa qunut ke Mama ??? Mama terus gelak lalu berkata Mama lupa nak bagitau kat sini diaorang tak buat doa qunut ..... haaaaaa Miss malu seketika hahahaha. Selepas Menunaikan solat subuh kami sekeluarga berjalan - jalan sekitar masjid untuk melihat keindahan Masjid Nabawi kemudian pulang ke hotel untuk sambung tido sebab Miss B punye jet leg tak habis lagi hehehehe. 


Mama dan Nenek waktu ni sebelum solat subuh



Miss B dan nenek tersayang di hadapan masjid Nabawi. Oh ya tak banyak gambar yang Miss B ambil disini kerana muslimah dilarang membawa kamera atau handphone ketika berada di kawasan Masjid Nabawi, Miss B diperiksa dahulu oleh pegawai masjid di pintu masuk masjid.


Sepanjang berada disini setiap waktu solat Miss B tunaikan di Masjid Nabawi. Di bulan Ramadhan yang mulia ini ramai umat islam dari seluruh dunia yang datang menunaikan Ibadah puasa meraka disini, untuk waktu subuh, zuhur dan asar keadaan agak tenang di Masjid ini, dan senang untuk Miss B mendapat tempat untuk menunaikan solat, tetapi keadaan semakin sesak ketika hampir masuk waktu solat maghrib kerana penduduk tempatan juga tidak mahu ketinggalan untuk menunaikan Ibadah mereka di masjid ini. 

Miss B juga dapat merasa pengalaman berbuka puasa dan menunaikan solat terawih bersama seluruh umat islam di Masjid Nabawi ini, disini pihak masjid ada menyediakan juadah simple seperti kurma, kuih dan air zam-zam untuk umat islam berbuka puasa, walaubagaimanapun ada juga penduduk tempatan yang suka berkongsi juadah mereka bersama-sama orang luar macam kami ini so dapatlah Miss B merasa beberapa jenis makanan tempatan mereka. Dipengkarangan Masjid Nabawi pula Miss B melihat banyak sangat deretan-deretan makanan seperti nasi dan buah-buahan yang disediakan oleh insan-insan yang sangat baik hati untuk umat islam yang ingin berbuka puasa di Masjid Nabawi. Miss B sangat bersyukur kerana dapat melihat suasana ini dimana semua umat Islam dapat mengerjakan Ibadah puasa dengan sempurna dan gembira. Pada malam pertama Miss B, Mama dan nenek berbuka puasa di Masjid Nabawi dan terus menunaikan solat isyak dan terawih baru kami pulang ke Hotel. disebabkan berbuka puasa tadi dengan hanya makan kuih dan kurma perut mula merasa lapar yang teramat sangat. So malam tu Abah Miss B keluar belikan kami nasi arab yang paling sedap Miss B pernah rasa. terima kasih Abah, sebagai ketua keluarga yang sentiasa melindungi kami dengan baik, Miss B sayang Abah sangat.



time ni Miss B punyer HP terlepas dari pengawal masjid hehehehe

Bermula hari kedua dibumi Madinah, Pagi seperti biasa bersahur bersama jemaah - jemaah yang lain dan rutin kami menunaikan solat di Masjid Nabawi. cuma pagi ni ada satu kejadian yang sedikit cemas heheheh. Begini ceritanya waktu lepas sembahyang subuh Mama Miss B kater dia sakit perut so dia balik dulu ke hotel, macam biasa Miss B pimpin tanggan nenek sambil kami jalan santai menikmati pagi yang indah.. Abah??? hehehe Abah Miss B dia lone ranger sebab tu tak banyak pic dia yang dapat Miss B ambik. ok sambung balik ... sampai jer depan gate Masjid Nabawi tu Miss B cakap dengan nenek "nek jap ek nak ambik gambar nenek jup" so Miss B lepaskan tangan nenek untuk ambik HP dalam beg sandang. waktu tu keadaan sekeliling ketika lengang sangat hanya ada beberapa orang jer lalu lalang . tak sampai 10 saat tetiba datang satu group wanita indonesia dalam 7 @ 8 orang berpegang tangan antara satu sama lalu mengheret nenek sekali, terkejut Miss B time tu ... apalagi menjerit-jerit Miss B suruh lepaskan nenek tapi mereka buat dek jer .... Miss B geram sangat ...Miss B tarik je tangan diaorang sekuat hati sampai terlerai group tu, baru nenek terlepas dari di heret. Selepas kejadian tu Miss B cerita dekat mutawif , dia cakap memang macam tu orang indonesia yang datang buat umrah dekat sini diaorang takut tersesat so mereka akan berpegangan tangan sesama sendiri sekuat hati. kalau ye pun pintu gate tu besar banyak lagi space nak lalu, yang gi rempuh kami tu kenapa ???? bukannya Miss B dan nenek duk tengah pintu gate tu ... ishh kadang-kadang Miss B tak paham dengan perangai sesetengah orang.


Bulan Ramadhan di kota Madinah

Di Masjid Nabawi ini juga Miss B berkesempatan untuk menziarahi makam Rasullulah dan beribadah di Raudah iaitu sebahagian taman syurga dimana kedudukannya terletak diantara Makam Rasullulah dan mimbar dan disini juga adalah tempat yang paling mustajab untuk berdoa. Di bulan Ramadhan yang penuh dengan umat islam ini, bukan sesuatu yang senang untuk Miss B sampai ke dua-dua tempat ini, tapi Miss B tetap bertekad dan akhirnya dengan berkat kesabaran dapat juga Miss B melakukanya. walaupun masa sangat terhad dan penuh dengan umat manusia yang berasak-asak sehingga ketika Miss B bersujud pun ada yang hampir memijak kepala Miss B. itu semua pengalaman dan  kenangan yang tak dapat dilupakan.

Dimasa yang terluang pula Miss B mengambil kesempatan untuk melihat dan berjalan-jalan sekitar Masjid Nabawi ini, Kota ini sangat teratur dan modern, bangunan-bangunan hotel dan kedai di sekitar Masjid Nabawi in sangat tersusun, menurut abah, keadaan kota ini dah banyak berubah mengikut zaman tak seperti waktu mula-mula dia menjejakkan kaki di kota Madinah ini. Ketika berjalan-jalan disini Abah gan Mama menunjukkan Miss B perkuburan Baqi’ iaitu perkuburan untuk jemaah haji atau umrah yang meninggal dunia di madinah yang tidak jauh dari kawasan Masjid Nabawi dan Miss B juga sempat membeli-belah beberapa buah tangan untuk adik-adikku di sekitar kawasan kedai disitu.



Harini kami berbuka puasa bersama jemaah yang lain di hotel. selepas habis mengerjakan solat terawih Miss B merayap lagi untuk merasai sendiri suasana malam dan mencari nasi beriani serta kebab untuk mengalas perut Miss B yang lapar ni. Disebabkan bulan Ramadhan kebanyakkan kedai-kedai dibuka sehingga subuh, so sangat meriah waktu malam disini. Menurut abah, kalau waktu biasa kedai akan mula tutup selepas waktu isyak. Abah beli 2 bungkus nasi beriani yang sangat sedap tu.

Pada hari ketiga pihak travel agensi membawa kami melihat tempat-tempat menarik di sekitar Kota Madinah al-Munawarah seperti melawat Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan Ladang Kurma.




Miss B bersama nenek selepas menunaikan solat sunat di salah satu masjid yang kami lawati iaitu Masjid Quba'. 



Setiap Masjid yang kami lawati mempunyai cerita,ciri dan keunikannya tersendiri. Masjid Quba' adalah masjid yang paling awal Rasullulah bina dan baginda sendiri yang mengangkat batunya. Masjid Qiblatain pula adalah masjid dimana pernah mempunyai 2 arah kiblat




Selepas itu pula kami menuju pula ke Jabal Uhud atau dikenali sebagai Bukit Uhud iaitu tempat dimana terjadinya peristiwa perang Uhud. Di pelantaran bukit Uhud ini juga, Miss B dapat melihat perkuburan para syuhadah Uhud iaitu para sahabat yang gugur dipertempuran Uhud termasuklah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w iaitu Hamzah ibn Abdul Muttalib. Di sekitranya pula terdapat banyak penjual-penjual kurma dan barang harian dan cendermata, disini barang yang dijual sangat murah berbanding dengan dikedai-kedai , Miss B juga tak ketinggalan untuk membeli sedikit lagi buah tangan seperti sarung kaki yang sangat comel, tasbih yang cantik, tudung budak kecil yang unik dan pelbagai lagi.


Nenek merajuk gan Miss B ker ??

Miss B sayang nenek laa hehehehe

Mama ketika di pasar Jabal Uhud. 

Kemudian kami menuju pula ke ladang kurma, sepanjang dalam perjalanan ke ladang ini aku dapat melihat banyak pokok-pokok kurma dikiri kanan Miss B yang melambai-lambai di tiup angin. (erm pokok kurma melambai ker ??? hahahahaha)


Akhirnya sampai dihadapan kedai kurma yang terletak dekat dengan ladang kurma. Disebabkan Mama gan Nebek busy memborong coklat dan kurma dan Abah busy melawat ladang kurmanya hahahaha Miss B terpaksa Selpi jer laa ye hehehehe.

Dikedai terdapat pelbagai jenis coklat kurma yang telah diproses, seperti biasa Miss B beli sedikit untuk adik-adik dan kawan-kawan Miss B




Nenek, Mama dan abah sedang memilih perlbagai jenis kurma yang baik untuk dibawa balik ke Malaysia.

Setelah 4 hari 3 malam di Kota Madinah Al-munawarah, dan malam ini adalah malam terakhir Miss B disini. Rasa sayup sangat pabila Miss B memandang Masjid Nabawi dari tingkap hotel, hati Miss B terasa ingin tinggal untuk seketika lagi untuk mengorek lebih mendalam lagi tentang kota bersejarah ini, tapi perjalanan esok adalah perjalanan paling penting iaitu perjalanan Miss B ke tanah suci Kota Makkah Al-Mukarramah.

Harini adalah hari keempat di kota Madinah, Miss B melakukan rutin seperti biasa tapi bezanya hari ni lepas solat zuhur kami akan bertolak ke kota Mekah, Bas akan menunggu kami sekitar jam 2 petang. Pagi yang indah ni Miss B ambil sedikit masa untuk menatap Masjid Nabawi sepuas-puasnya dan menanamkan niat agar Miss B akan kembali ke sini lagi. Selepas itu kami kembali ke Hotel untuk bersiap-siap untuk perjalanan yang dinanti-nantikan.......







No comments:

Post a Comment