Assalamualaikum Bloggies,
Sambung cerita perjalanan ku ke kota Mekah Al Mukarramah. Dalam pukul 2 lebih, bas pertama sampai di hadapan hotel. untuk menampung perjalanan jemaah group kami pihak travel telah menyediakan 2 buah bas. bas kedua sampai agak lewat dalam 15 minit kemudian. so para jemaah sibuk meloading barang masing-masing, almaklumlah masing2 beg dah beranak sedikit hehehehehe.
Disaat ini la bermulanya satu insiden dimana besarnya kuasa Allah s.w.t, yang betul2 memberi pengajaran kepada seluruh jemaah. Disebabkan kami turun awal Miss B dan Family menaiki bas no.1, setelah selesai meloading barang, group bas no. 1 besedia untuk memulakan perjalanan , tiba - tiba ...... mutawif membuat pengumuman bahawa penghawa dingin bas rosak , dia minta kami bersabar sebentar untuk pihak bas membetulkan kerosakan tu. So abah kata takpe bersabar, itu semua dugaan Allah s.w.t . Abah Miss B awal2 lagi dah keluar lepak kat lobi hotel sambil berborak dgn geng2 jemaah group 2. Disebabkan nenek susah nak naik turun bas Miss B gan Mama decide malas nak turun. Ketika ini bas No. 2 sedang meloading barang mereka. 10 minit berlalu bahang panas dah mula terasa dalam bas, Tetiba ada sebuah keluarga ni dah mula bising2 menyalahkan pihak travel, Miss B memang tak berkenan sangat dengan perangai pakcik dan makcik ni dari mula lagi, tapi anak2 dia yang 2 orang tu okey jer. Lagi2 pakcik ni mulut dia MasyaAllah cakap main lepas jer , bini dia pula pakai barang kemas sampai ke lengan sambil menunjuk2 , tapi saper la Miss B untuk menegur. Pakcik ni dah mula naik berang dengan keaadaan yang panas tu dan mula memarahi mutawif dan pihak travel agensi, lalu dia suruh semua familynya turun dari bas no. 1 untuk naik ke bas no. 2 sambil berkata bas no. 2 lebih baru dan sejuk penghawa dinginya dengan nada yang sombong. beberapa minit kemudian bas no. 2 bertolak dahulu ke kota Mekah. Hampi sejam juga pihak bas mengambil masa untuk membetulkan kerosakan. Akhirnya kami bertolak juga ke Kota Mekah yang dinanti-nanti, perjalanan ini mengambil masa 7@8 jam jugak la.
selepas beberapa jam kami berbuka puasa didalam bas dengan kurma dan air sahaja untuk mengalas perut. dalam 30 minit kemudian kami sampai di sebuah restoran di padang pasir. keadaan restoran waktu ini agak lengang hanya bas kami jer yang ada disitu. yang menjadi persoalannya , dimanakah bas no. 2 ???? diaorang dah makan dan meneruskan perjalanan ker ??? cepatnyaaa.. yer la diaorang bertolak sejam lebih awal dari kami. so Miss B dengan jemaah yang lain masuk ke dalam restoran dan bebas memilih tempat yang selesa untuk menikmati juadah nasi arab yang simple tapi sangat sedap dan menyelerakan. kemudian kami menunaikan solat ditempat yang disediakan.
Adalah dalam sejam jugak kami berehat, kemudian kami mula menaiki bas untuk meneruskan perjalanan , tetapi ketika ni Miss B terlihat kelibat bas2 jemaah dari travel agensi lain mula memenuhi kawasan parking restoran, dalam 5 @ 6 buah bas termasuk la jugak bas no. 2 dari travel agensi kami. Keadaan tiba-tiba menjadi riuh-rendah, kerana punyerla ramai jemaah2 umrah memenuhi ruang restoran sambil berebut2 menungu tempat untuk menikmati makanan kerana kelaparan sepanjang hari berpuasa dan ketika itu juga Miss B terpandang pakcik itu sekeluarga tengah membebel tentang tidak kepuasan hati agaknya sambil beratur untuk tunggu giliran.
Apabila para jemaah tertanya2 sesama sendiri, mutawif kami hanya memberi jawapan dengan ringkas sambil tersenyum "itu semua kekuasan Allah s.w.t". Saat itu terkedu seketika Miss B, dimana kesabaran jemaah2 bas no. 1 tanpa sebarang rungutan telah dibayar cash oleh Allah s.w.t. dalam hati ini hanya mampu berdoa dan bersyukur kepada Mu "Ya Allah....Engkau telah menunjukkan bukti ke AgonganMu walaupun sedikit cuma tapi ianya sangat terkesan didalam hati para jemaah bahawa Engkau telah mempercepatkan dan mempermudahkan kami menjamah rezeki Mu dan menunaikan solat dengan selesa". SubahanaAllah.
Dalam pukul 11.00 malam kami sampai ke Kota Suci Mekah Al Mukarramah. Hati dan perasaan ini tak sabar rasanya hendak melihat Kaabah. setelah selesai meletakkan beg, kami berkumpul di lobi hotel. ketika ini sekitar Masjidil Haram para jemaah baru pulang dari menunaikan solat terawih peringkat pertama dan mereka akan sambung semula pada pukul 2 pagi, disebabkan kami berada dimalam 7 terakhir solat terawih diadakan dua peringkat untuk menunaikan solat sunat dan Qiamulai. Kami memulakan Ibadah umrah kami,
SubahanaAllah ... sumpah mata Miss B, tak henti2 melihat Kaabah, pusingan tawaf 7 kali tu langsung tak terasa penat, malah kaki ini ingin melangkah lagi dan lagi. selepas itu Miss B mengerjakan Saie bersama Mama dan nenek, Abah macam biasa tak dapat dikesan. Ketika sampai di puncak bukit, baru Miss B perasan dimana Miss B rupa-rupanya berada ditengah-tengah lautan manusia, yang datang dari seluruh pelosok dunia. Ya Allah ramai sungguh umat Mu, aku berbangga dan bersyukur dilahirkan sebagai salah seorang daripadanya.
Selesai sudah Ibadah umrah yang pertama, ketika membuat Saie Miss B telah berpecah dengan Mama dan nenek dalam lautan manusia, tapi Miss B tak risau Mama dah banyak kali menunaikan Ibadah umrah dan haji, dia juga seorang Mama yang sangat independent dan tabah dalam melalui kehidupan, jadi dia sudah fimiliar dengan tempat ini. Miss B jer yang baru pertama kali sampai kesini. Ketika ini perasaan agak sedikit takut dan keliru kerana terlampau banyak pintu masuk ke Masjidil Haram dan Miss B lupa yang mana satu pintu yang berhampiran dengan hotel kami. Dalam kekeliruan itu Miss B mengambil keputusan untuk duduk seketika sambil memandang ke arah Kaabah dan berdoa ...........
Malam semakin hening dan hati dah mula tenang... kemudian Miss B bangun dan mula berjalan dan akhirnya Miss B jumpa jugak tempat Miss B meletakkan kasut dan Miss tengok kasut Mama gan nenek dah takde. Maknanya mereka dah selamat pulang ke Hotel. Begitu la kisah Malam pertama Miss B di Mekah.
Keesokkan hari rutin Miss B di Masjidil haram bermula, macam biasa Miss B sekeluarga ingin merasa berbuka puasa di Masjidil haram dihadapan Kaabah walaupun sekali cuma. selepas bersahur Miss B bersiap untuk menunaikan solat subuh di Masjidil Haram, percayalah langkah demi langkah ke arah Masjidil haram umpama melangkah ke arah syurga idaman manusia yang sangat indah ditambah laungan azan dari bilal memecah keheningan subuh betul-betul memikat hati ini ... sampai Miss B pernah berkata pada Mama ... Miss B suka sangat dengar pabila bilal menyahut setiap kali lepas imam habis bacaanya, suaranya sangat merdu dan mendayu-dayu. Agaknya bagaimanalah kalau Miss B dapat mendengar suara bilal yang sangat merdu di zaman Rasullullah dimana suaranya boleh menembusi sehingga langit ke tujuh. SubhanaAllah. Selepas solat subuh kami mengisi masa dengan membaca kitab suci Al-Quran . dalam sekitar pukul 9 pagi baru kami pulang ke hotel.
cuaca di kota Mekah jauh bezanya dari Kota Madinah. Disini cuaca agak panas kering dan berdebu. Selalunya Miss B akan terus pulang ke Hotel dan mengecas energy untuk berjaga malam hehehehehe... setiap waktu solat Miss B tunaikan di Masjidil haram , walaupun Mutawif pernah berkata walau di mana pun kiter menunaikan solat di tanah kota suci Mekah ini pahalanya sama banyak seperti kiter menunaikan solat didalam Masjidil Haram. SubahanaAllah cuba korang bayangkan kalau kita tinggal di kota Mekah, berapa banyak pahala yang dapat kiter kumpulkan tanpa sedar dengan hanya menunaikan rutin harian. tiba2 perasaan tamak timbul, kalau laa Miss B diberi peluang untuk tinggal dan menetap di kota suci Mekah ini ... alangkah bertuahnya diri ini.
Hari ini Miss B sekeluarga hendak berbuka di Masjidil Haram, sejam sebelum masuk waktu maghrib kami dah berada dipengkaran Masjidil Haram. SubahanaAllah ramainya manusia sehingga kami langsung takde ruang untuk menjejakkan kaki ke dalam Masjidil Haram hanya dapat berada di dataran Masjidil Haram sahaja. Mama dan Abah kater 7 malam terakhir di Bulan Ramadhan yang mulia, lautan manusia melebihi dari musim haji. Mereka tak pernah lihat keaadaan yang begitu sesak di Masjidil Haram. Kami hanya menjamah kurma yang disedekahkan di sekitar kawasan Masjidil Haram sebagai hidangan berbuka puasa, walaupun ada hidangan2 yang disusun sekitar masjidil haram yang ditaja oleh jutawan-jutawan arab, bagi Miss B sekeluarga biarla orang yang lebih berhak menjamu rezeki itu.
selepas menunaikan solat maghrib kami pulang ke Hotel untuk menjamah hidangan berbuka puasa dari pihak travel. Berehat seketika sambil menunggu solat isyak dan terawih. seperti waktu maghrib tadi memang sukar untuk mendapat tempat didalam Masjidil Haram , sudahnya kami menunaikan solat di dataran pengkaran Masjidil Haram sahaja. apa yang buat Miss B tersenyum adalah waktu Miss B bersujud di rakaat pertama, bila dahi ini bersentuh jer dengan sejadah .... Ya Allah panasnya marmar ni macam nak terbakar dahi ni, kaki Miss B tak pula terasa, lupa plak yang Miss B memakai stokin tebal ketika itu ...hehehehe tapi bila sujud untuk rakaat kedua dan seterusnya baru panas marmar berkurangan. satu lagi perkara yang mengejutkan Miss B, ialah saf solat terawih ni sampai diatas jalan raya berpanjangan sehingga jalan depan hotel Miss B menginap. bayangkanlah jarak hotel dengan dataran adalah dalam 300 meter. umpama seperti buka jer pintu lobi hotel terus boleh masuk saf hehehehehe begitula keadaan 7 malam terakhir di bulan ramadhan dimana jutaan umat islam bersatu untuk mengejar pahala di bulan yang mulia ini.
Selepas solat terawih Miss B mengambil peluang sekejup menikmati suasana malam ni kota suci ini. seperti di Madinah juga kedai2 disini semuanya dibuka sehingga waktu subuh ... malam di bulan ramadhan memang meriah seperti masing-masing sibuk mengisi masa sementara menunggu solat Qiyamulai dan sunat dalam sekitar 2 pagi. begitula rutin harian Miss B di kota suci mekah ini.
Miss B sekeluarga tak pernah berputus asa lagi untuk merasai berbuka puasa di dalam Masjidil Haram. Harini sekali lagi kami membuat percubaan kedua. Kali ini selepas solat asar Miss B, Mama dan Nenek mengambil keputusan untuk tidak pulang ke hotel dan terus menunggu sehingga waktu maghrib tiba sambil mengisi masa dengan membaca kitab suci Al Quran. Bagi kaum Muslimah agak sukar sedikit kerana tempat untuk Muslimah didalam Masjidil Haram adalah sangat terhad. Bagi kaun Muslimin mereka boleh bebas mengerjakan solat dimana saja. Oleh itu tidak ada masalah bagi Abah Miss B untuk berebut2 seperti kami. Hampir waktu berbuka , Masjidil Haram semakin sesak dan waktu ini la Miss B terlihat kelibat - kelibat anak2 kecil dan wanita2 mengendong beg plastik besar mengagih-agih kan bungkusan2 kurma dan kuih kepada setiap jemaah. Akhirnya salah seorang wanita itu mengambil saf dekat dgn kami, Miss B pun mengalih pandangan kearahnya sambil tersenyum, rupanya wanita itu warga Indonesia. Kami pun bertegur sapa sambil berborak-borak, wanita itu bekerja sebagai pembantu rumah untuk seorang jutawan arab disini, jadi sepanjang bulan ramadhan ini dia dan rakan-rakan akan mengagih-agih kan makanan yang disedekahkan di sekitar Masjidil Haram. Wanita ini juga mempelawa kami bekal yang dibawa untuk berbuka puasa. Alhamdulillah rezeki pada hari ini. Setelah solat maghrib kami memenuhi masa dengan bacaan2 Al Quran sambil menunggu waktu Isyak dan solat terawih. Alhamdulillah malam tu Miss B sekeluarga dapat menunaikan solat terawih dalam Masjidil Haram.
Pihak travel juga ada menyedikan lawatan disekitar kota suci Mekah , Miss B mengambil kesempatan mengikuti lawatan ini untuk lebih mendalami sejarah kota suci ini. lawatan pertama mereka membawa Miss B ke Jabbal Thur, Dimana tempat persembunyian Rasullullah dan saidina Abu Bakar ketika penghijrahan mereka ke Madinah. Disinilah berlakunya peristiwa dimana labah-labah dengan gigih membuat sarang menutupi pintu gua untuk menolong Rasullullah berlindung dari pihak musuh.
Kemudian kami dibawa ke Arafah untuk melawat Jabbal Rahmah, Iaitu sebuah bukit kecil dimana tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah di turunkan ke bumi.
Disaat ini la bermulanya satu insiden dimana besarnya kuasa Allah s.w.t, yang betul2 memberi pengajaran kepada seluruh jemaah. Disebabkan kami turun awal Miss B dan Family menaiki bas no.1, setelah selesai meloading barang, group bas no. 1 besedia untuk memulakan perjalanan , tiba - tiba ...... mutawif membuat pengumuman bahawa penghawa dingin bas rosak , dia minta kami bersabar sebentar untuk pihak bas membetulkan kerosakan tu. So abah kata takpe bersabar, itu semua dugaan Allah s.w.t . Abah Miss B awal2 lagi dah keluar lepak kat lobi hotel sambil berborak dgn geng2 jemaah group 2. Disebabkan nenek susah nak naik turun bas Miss B gan Mama decide malas nak turun. Ketika ini bas No. 2 sedang meloading barang mereka. 10 minit berlalu bahang panas dah mula terasa dalam bas, Tetiba ada sebuah keluarga ni dah mula bising2 menyalahkan pihak travel, Miss B memang tak berkenan sangat dengan perangai pakcik dan makcik ni dari mula lagi, tapi anak2 dia yang 2 orang tu okey jer. Lagi2 pakcik ni mulut dia MasyaAllah cakap main lepas jer , bini dia pula pakai barang kemas sampai ke lengan sambil menunjuk2 , tapi saper la Miss B untuk menegur. Pakcik ni dah mula naik berang dengan keaadaan yang panas tu dan mula memarahi mutawif dan pihak travel agensi, lalu dia suruh semua familynya turun dari bas no. 1 untuk naik ke bas no. 2 sambil berkata bas no. 2 lebih baru dan sejuk penghawa dinginya dengan nada yang sombong. beberapa minit kemudian bas no. 2 bertolak dahulu ke kota Mekah. Hampi sejam juga pihak bas mengambil masa untuk membetulkan kerosakan. Akhirnya kami bertolak juga ke Kota Mekah yang dinanti-nanti, perjalanan ini mengambil masa 7@8 jam jugak la.
Lebih kurang dalam 40 minit perjalanan kami sampai di Bir Ali iaitu tempat untuk bermiqat bagi jemaah yang datang dari Madinah. Di Bir Ali ini, Miss B melihat ramai jemaah-jemaah lain berhenti untuk memasang niat ihram. Miss B dan family juga tidak ketinggallan menjalankan tanggungjawab kami iaitu menunaikan solat sunat 2 rakaat serta berniat ihram. selesai semuanya, maka bermulalah beberapa pantang larang yang perlu kami jaga sepanjang dalam ihram .
Kami meneruskan perjalanan kembali untuk menuju ke kota Mekah, dalam perjalanan mutawif @ Ustaz mula menerangkan dengan lebih terperinci tentang cara2 menunaikan ibadah umrah ini dan berakhir dengan laungan talbiah yang sangat menyentuh hati Miss B. ketika talbiah dilaungkan secara beramai-ramai air mata Miss B mula bergenang dan hati menjadi sangat2 sayu. sedikit demi sedikit mula menitis ke pipi tanpa Miss B sedari. Miss B mula mengalihkan pandangan kearah tingkap sambil mengesat airmata yang berjijiran.
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّ يكَ
إِنَّ الحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالمُلْكُ لاَشَرِيْكَ لَ ك
Maksudnya :
Hamba-Mu telah datang menyambut panggilan-Mu, Ya Tuhan, hamba-Mu datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu

suasana semakin hening didalam bas, hati ini hanya mampu berdoa , "Ya Allah, kau terimalah hambamu yang kerdil ini agar dapat ku bersujud kepada Mu dibumi yang mulia ini " dan akhirnya Miss B terlena
selepas beberapa jam kami berbuka puasa didalam bas dengan kurma dan air sahaja untuk mengalas perut. dalam 30 minit kemudian kami sampai di sebuah restoran di padang pasir. keadaan restoran waktu ini agak lengang hanya bas kami jer yang ada disitu. yang menjadi persoalannya , dimanakah bas no. 2 ???? diaorang dah makan dan meneruskan perjalanan ker ??? cepatnyaaa.. yer la diaorang bertolak sejam lebih awal dari kami. so Miss B dengan jemaah yang lain masuk ke dalam restoran dan bebas memilih tempat yang selesa untuk menikmati juadah nasi arab yang simple tapi sangat sedap dan menyelerakan. kemudian kami menunaikan solat ditempat yang disediakan.
Miss B dengan Abah (bukan senang nak tangkap gambar Abah ni hahaha)
Abah gan Mama Miss B , Love you both XOXO
Nenek dengan member baru dia
Apabila para jemaah tertanya2 sesama sendiri, mutawif kami hanya memberi jawapan dengan ringkas sambil tersenyum "itu semua kekuasan Allah s.w.t". Saat itu terkedu seketika Miss B, dimana kesabaran jemaah2 bas no. 1 tanpa sebarang rungutan telah dibayar cash oleh Allah s.w.t. dalam hati ini hanya mampu berdoa dan bersyukur kepada Mu "Ya Allah....Engkau telah menunjukkan bukti ke AgonganMu walaupun sedikit cuma tapi ianya sangat terkesan didalam hati para jemaah bahawa Engkau telah mempercepatkan dan mempermudahkan kami menjamah rezeki Mu dan menunaikan solat dengan selesa". SubahanaAllah.
Dalam pukul 11.00 malam kami sampai ke Kota Suci Mekah Al Mukarramah. Hati dan perasaan ini tak sabar rasanya hendak melihat Kaabah. setelah selesai meletakkan beg, kami berkumpul di lobi hotel. ketika ini sekitar Masjidil Haram para jemaah baru pulang dari menunaikan solat terawih peringkat pertama dan mereka akan sambung semula pada pukul 2 pagi, disebabkan kami berada dimalam 7 terakhir solat terawih diadakan dua peringkat untuk menunaikan solat sunat dan Qiamulai. Kami memulakan Ibadah umrah kami,
SubahanaAllah ... sumpah mata Miss B, tak henti2 melihat Kaabah, pusingan tawaf 7 kali tu langsung tak terasa penat, malah kaki ini ingin melangkah lagi dan lagi. selepas itu Miss B mengerjakan Saie bersama Mama dan nenek, Abah macam biasa tak dapat dikesan. Ketika sampai di puncak bukit, baru Miss B perasan dimana Miss B rupa-rupanya berada ditengah-tengah lautan manusia, yang datang dari seluruh pelosok dunia. Ya Allah ramai sungguh umat Mu, aku berbangga dan bersyukur dilahirkan sebagai salah seorang daripadanya.
Selesai sudah Ibadah umrah yang pertama, ketika membuat Saie Miss B telah berpecah dengan Mama dan nenek dalam lautan manusia, tapi Miss B tak risau Mama dah banyak kali menunaikan Ibadah umrah dan haji, dia juga seorang Mama yang sangat independent dan tabah dalam melalui kehidupan, jadi dia sudah fimiliar dengan tempat ini. Miss B jer yang baru pertama kali sampai kesini. Ketika ini perasaan agak sedikit takut dan keliru kerana terlampau banyak pintu masuk ke Masjidil Haram dan Miss B lupa yang mana satu pintu yang berhampiran dengan hotel kami. Dalam kekeliruan itu Miss B mengambil keputusan untuk duduk seketika sambil memandang ke arah Kaabah dan berdoa ...........
"Bersaksi cinta diatas cinta, dalam alunan tasbihku ini, menerka hati yang tersembunyi, bertemankan dimalam sunyi penuh doa, sebut nama Mu terukir merdu, Tertulis dalam sejadah cinta - lirik lagu Istikarah Cinta "
Malam semakin hening dan hati dah mula tenang... kemudian Miss B bangun dan mula berjalan dan akhirnya Miss B jumpa jugak tempat Miss B meletakkan kasut dan Miss tengok kasut Mama gan nenek dah takde. Maknanya mereka dah selamat pulang ke Hotel. Begitu la kisah Malam pertama Miss B di Mekah.
Keesokkan hari rutin Miss B di Masjidil haram bermula, macam biasa Miss B sekeluarga ingin merasa berbuka puasa di Masjidil haram dihadapan Kaabah walaupun sekali cuma. selepas bersahur Miss B bersiap untuk menunaikan solat subuh di Masjidil Haram, percayalah langkah demi langkah ke arah Masjidil haram umpama melangkah ke arah syurga idaman manusia yang sangat indah ditambah laungan azan dari bilal memecah keheningan subuh betul-betul memikat hati ini ... sampai Miss B pernah berkata pada Mama ... Miss B suka sangat dengar pabila bilal menyahut setiap kali lepas imam habis bacaanya, suaranya sangat merdu dan mendayu-dayu. Agaknya bagaimanalah kalau Miss B dapat mendengar suara bilal yang sangat merdu di zaman Rasullullah dimana suaranya boleh menembusi sehingga langit ke tujuh. SubhanaAllah. Selepas solat subuh kami mengisi masa dengan membaca kitab suci Al-Quran . dalam sekitar pukul 9 pagi baru kami pulang ke hotel.
nenek Miss B yang tersayang
cuaca di kota Mekah jauh bezanya dari Kota Madinah. Disini cuaca agak panas kering dan berdebu. Selalunya Miss B akan terus pulang ke Hotel dan mengecas energy untuk berjaga malam hehehehehe... setiap waktu solat Miss B tunaikan di Masjidil haram , walaupun Mutawif pernah berkata walau di mana pun kiter menunaikan solat di tanah kota suci Mekah ini pahalanya sama banyak seperti kiter menunaikan solat didalam Masjidil Haram. SubahanaAllah cuba korang bayangkan kalau kita tinggal di kota Mekah, berapa banyak pahala yang dapat kiter kumpulkan tanpa sedar dengan hanya menunaikan rutin harian. tiba2 perasaan tamak timbul, kalau laa Miss B diberi peluang untuk tinggal dan menetap di kota suci Mekah ini ... alangkah bertuahnya diri ini.
Hari ini Miss B sekeluarga hendak berbuka di Masjidil Haram, sejam sebelum masuk waktu maghrib kami dah berada dipengkaran Masjidil Haram. SubahanaAllah ramainya manusia sehingga kami langsung takde ruang untuk menjejakkan kaki ke dalam Masjidil Haram hanya dapat berada di dataran Masjidil Haram sahaja. Mama dan Abah kater 7 malam terakhir di Bulan Ramadhan yang mulia, lautan manusia melebihi dari musim haji. Mereka tak pernah lihat keaadaan yang begitu sesak di Masjidil Haram. Kami hanya menjamah kurma yang disedekahkan di sekitar kawasan Masjidil Haram sebagai hidangan berbuka puasa, walaupun ada hidangan2 yang disusun sekitar masjidil haram yang ditaja oleh jutawan-jutawan arab, bagi Miss B sekeluarga biarla orang yang lebih berhak menjamu rezeki itu.
selepas menunaikan solat maghrib kami pulang ke Hotel untuk menjamah hidangan berbuka puasa dari pihak travel. Berehat seketika sambil menunggu solat isyak dan terawih. seperti waktu maghrib tadi memang sukar untuk mendapat tempat didalam Masjidil Haram , sudahnya kami menunaikan solat di dataran pengkaran Masjidil Haram sahaja. apa yang buat Miss B tersenyum adalah waktu Miss B bersujud di rakaat pertama, bila dahi ini bersentuh jer dengan sejadah .... Ya Allah panasnya marmar ni macam nak terbakar dahi ni, kaki Miss B tak pula terasa, lupa plak yang Miss B memakai stokin tebal ketika itu ...hehehehe tapi bila sujud untuk rakaat kedua dan seterusnya baru panas marmar berkurangan. satu lagi perkara yang mengejutkan Miss B, ialah saf solat terawih ni sampai diatas jalan raya berpanjangan sehingga jalan depan hotel Miss B menginap. bayangkanlah jarak hotel dengan dataran adalah dalam 300 meter. umpama seperti buka jer pintu lobi hotel terus boleh masuk saf hehehehehe begitula keadaan 7 malam terakhir di bulan ramadhan dimana jutaan umat islam bersatu untuk mengejar pahala di bulan yang mulia ini.
Selepas solat terawih Miss B mengambil peluang sekejup menikmati suasana malam ni kota suci ini. seperti di Madinah juga kedai2 disini semuanya dibuka sehingga waktu subuh ... malam di bulan ramadhan memang meriah seperti masing-masing sibuk mengisi masa sementara menunggu solat Qiyamulai dan sunat dalam sekitar 2 pagi. begitula rutin harian Miss B di kota suci mekah ini.
Miss B sekeluarga tak pernah berputus asa lagi untuk merasai berbuka puasa di dalam Masjidil Haram. Harini sekali lagi kami membuat percubaan kedua. Kali ini selepas solat asar Miss B, Mama dan Nenek mengambil keputusan untuk tidak pulang ke hotel dan terus menunggu sehingga waktu maghrib tiba sambil mengisi masa dengan membaca kitab suci Al Quran. Bagi kaum Muslimah agak sukar sedikit kerana tempat untuk Muslimah didalam Masjidil Haram adalah sangat terhad. Bagi kaun Muslimin mereka boleh bebas mengerjakan solat dimana saja. Oleh itu tidak ada masalah bagi Abah Miss B untuk berebut2 seperti kami. Hampir waktu berbuka , Masjidil Haram semakin sesak dan waktu ini la Miss B terlihat kelibat - kelibat anak2 kecil dan wanita2 mengendong beg plastik besar mengagih-agih kan bungkusan2 kurma dan kuih kepada setiap jemaah. Akhirnya salah seorang wanita itu mengambil saf dekat dgn kami, Miss B pun mengalih pandangan kearahnya sambil tersenyum, rupanya wanita itu warga Indonesia. Kami pun bertegur sapa sambil berborak-borak, wanita itu bekerja sebagai pembantu rumah untuk seorang jutawan arab disini, jadi sepanjang bulan ramadhan ini dia dan rakan-rakan akan mengagih-agih kan makanan yang disedekahkan di sekitar Masjidil Haram. Wanita ini juga mempelawa kami bekal yang dibawa untuk berbuka puasa. Alhamdulillah rezeki pada hari ini. Setelah solat maghrib kami memenuhi masa dengan bacaan2 Al Quran sambil menunggu waktu Isyak dan solat terawih. Alhamdulillah malam tu Miss B sekeluarga dapat menunaikan solat terawih dalam Masjidil Haram.
Pihak travel juga ada menyedikan lawatan disekitar kota suci Mekah , Miss B mengambil kesempatan mengikuti lawatan ini untuk lebih mendalami sejarah kota suci ini. lawatan pertama mereka membawa Miss B ke Jabbal Thur, Dimana tempat persembunyian Rasullullah dan saidina Abu Bakar ketika penghijrahan mereka ke Madinah. Disinilah berlakunya peristiwa dimana labah-labah dengan gigih membuat sarang menutupi pintu gua untuk menolong Rasullullah berlindung dari pihak musuh.
di Jabbal Thur
Kemudian kami dibawa ke Arafah untuk melawat Jabbal Rahmah, Iaitu sebuah bukit kecil dimana tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah di turunkan ke bumi.
Orang ramai berpusu-pusu mendaki Jabbal Rahmah
"Ya Allah, engkau temukanlah aku dengan pemilik tulang rusuk kiri ini, agar aku diberi peluang untuk melahirkan dan mendidik umat-umat yang taat kepada Mu "
Mama Nenek doakan Miss B agar dapat membina keluarga yang bahagia seperti kalian ye ..
Hari ini , Abah mengajak kami megerjakan umrah sendiri, pagi selepas solat subuh kami terus mengikut Abah mengambil teksi ke Tana'in. Kali ini Miss B akan megerjakan umrah pada siang hari ketika sedang berpuasa. Berbeza dengan sebelum ini Miss B mengerjakan umrah waktu malam, kalau penat Miss B boleh berhenti untuk meneguk bercawan-cawan air zam zam. tapi kali ini yang paling mencabar adalah saat -saat Miss B mengerjakan Saie. Miss B terasa sangat penat dan tekak semakin kering bertambah dengan lautan manusia yang bertolak sesama sendiri sehinga Miss B terpaksa berhenti beberapa kali untuk mengumpulkan kekuatan, walaupun laluan Saie telah ditutupi dengan bumbung dan berhawa dingin lagi, tapi iman Miss B tak sehebat Siti Hajar yang dapat berlari-lari anak dari bukit Safa ke bukit Marwah dibawah panas terik matahari. walaubagaimanapun, Alhamdullillah Miss B dapat juga menyempurnakan ibadah umrah ini.
Suasana Masjidil Haram selepas solat subuh
Abah Miss B (yg sedang memakai ihram disebelah kiri) , bukan senang nak ambil gambar Abah ni hehehehe, masa ni kami tengah tunggu teksi untuk ke Tana'in.
saat-saat terakhir di Masjidil Haram, sayu sangat hati ini pasti pabila melihat kearah Kaabah, bilalah Miss B akan berpeluang kembali kesini . Miss B tahu diri ini bukan insan sempurna , tapi Miss B berjanji akan ku kembali kesini lagi dengan lebih sempurna. Walaupun hati ini meronta-ronta untuk tidak pergi , tetapi kaki terpaksa melangkah pergi. Dengan izin Mu Ya Allah , akan ku kembali lagi .
"Meskiku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepada Mu, Namun cinta dalam jiwa, hanya untukla pada Mu. - opick rapuh "
hari ini adalah hari terakhir di bulan Ramadhan dan juga hari terakhir Miss B di kota suci Mekah Al Mukarramah ini. cepat sungguh rasanya masa berlalu, hati ini masih belum puas rasanya tapi tetap bersyukur dengan apa yang diberi.
Bersiap-siap untuk berangkat pulang .
terasa berat kaki ini untuk melangkah pergi.
Alahadullillah, kami sekeluarga selamat sampai ke tanah air. Segala peristiwa dalam entri ini adalah bukan untuk berbanga diri atau mengaibkan sesiapa, cuma sekadar peringatan dan pengajaran yang Miss B ingin kongsikan bersama.

No comments:
Post a Comment